A Little Creation From My Little Kitchen....
Image Hosted by FileHive.com
By: baby batriesyia

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 27-Nov-2006 01:57 Email | Share | Bookmark

RICH CHOCOLATE MOIST CAKE (K Noor Hannah)

Semalam bake another chocolate cake.....kali ni khusus utk anak2 pulak....sbb selalu dok buat yang org tempah, kita sendiri x sempat nak makan pun......kali ni buat Rich Chocolate Moist Cake.....kek ni lebih besar compare ngan kek zaiima untuk satu adunan......




Quote:
RICH CHOCOLATE MOIST CAKE

6 oz butter (170.1gm)
14 oz gula castor (396.9 gm) - boleh kurangkan 12 oz je
3 biji telur ayam

BAHAN2 INI DIBANCUH BERSAMA:

1 sudu teh NESCAFE
1 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanila - boleh tukar vanila kepada lemon / orange
1 sudu teh chocolate EMULCO

BAHAN2 INI DI AYAK BERSAMA:

8 oz tepung HIGH PROTEIN (226 gm)
2 1/4 oz serbuk koko (63.8 gm)
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh soda bicarbonate
1 1/2 sudu teh baking powder

7 oz air sejuk - air dlm peti ais


CARA MEMBUATNYA:

GUNA MIXER FULL SPEED:

1. Pukul mentega dengan gula sehingga kembang.

2. Masukkan telur satu persatu.

3. Masukkan campuran NESCAFE dan esen2.

PERINGKAT SETERUSNYA INI, SILA GUNAKAN SPATULA ATAU WHISKER - JGN GUNA MIXER LAGI (tu yg menyebabkan kek berkawah sebab kek berat, bila pukul laju2 dia merajuk..)

4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan - KACAU PERLAHAN2 - SATU ARAH SAHAJA SAMPAI TEPUNG HILANG DARI PANDANGAN..
5. Masukkan air sejuk sedikit2 sambil di gaul perlahan2

6. Bakar dalam loyang 9" persegi dengan suhu 170C selama 50-60 minit ATAU kukus - tutup loyang dgn aluminium foil - guna api biasa.. selama 1 1/2 jam..



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net