A Little Creation From My Little Kitchen....
Image Hosted by FileHive.com
By: baby batriesyia

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 2-Oct-2006 00:58 Email | Share | Bookmark

Sayur Bayam Masak Lemak
Ikan Bawal Hitam Bakar
Dua hari berturut2 x berbuka puasa di rumah....first night balik rumah MIL, then second night, keluar makan kat luar sebab kena bawak anak pergi klinik....so no menu for that day.....cuma sempat masak semalam sahaja, lauk pun simple sahaja....



AYAM MASAK CILI KERING BERGAJUS

Bahan A
Ayam - dipotong kecil2
4 sudu teh Tepung Jagung
1 biji Telur
Lada Sulah
Garam
Serbuk Perasa
Gula
Minyak Bijan

Semua bahan di atas digaul bersama dan diperap sebentar. Kemudian goreng dan toskan minyaknya.

Bahan B
Cili Kering - dipotong kecil2
Halia - dimayang
Bawang Besar - dipotong dadu

Bahan C
1 cawan air
2 sudu makan Sos Cili
2 sudu makan Sos Tiram
1 sudu makan Cuka
1 sudu makan Kicap Cair
Gula/Garam/Perasa/Sedikit Stok Ayam/Lada Sulah
Daun Bawang - dipotong
Gajus - yang telah dipanggang

Cara

Tumis bahan B. Masukkan bahan C kecuali daun bawang dan gajus. Masukkan ayam dan gaul sebentar. Masukkan daun bawang dan gajus bila hampir untuk diangkat. Hidangkan.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net