A Little Creation From My Little Kitchen....
Image Hosted by FileHive.com
By: baby batriesyia

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 29-Sep-2006 07:51 Email | Share | Bookmark

 
Resipi ni dpt dari resipinet.......memandangkan hari ni hari Jumaat, so masa rehat agak banyak....so dok fikir2 dah copy resipi ni tadi....ingat nak buat ler tengahari ni......balik2 rumah tu terus terkam buat.....belek punya belek.....gula melaka cuma ada 150 gm je instead of 500 gm.....ala....bantai jer le.....ntah manis ke ntah tidak, tak tahu ler.....nak pergi beli malas le pulak....kedai bukannya dekat....dah masuk dlm freezer, rasanya by bukak puasa nanti boleh ler makan.....



AGAR AGAR GUDIL (Asmah Laili)

Bahan-bahan

50 gram agar-agar lengkong (agar-agar strips)
2,500 ml air
200 gram gula batu
500 gram gula Melaka
150 gram gula pasir
6 helai daun pandan
1 kotak kecil santan pekat 200 ml, digaul dengan 200 ml air
6 biji telur

Cara Menyediakan

Rebus agar-agar dengan air sehingga larut. Masukkan sekali daun pandan. Selepas itu masukkan gula batu dan rebus lagi sehingga gulanya larut. Kemudian masukkan gula Melaka dan gula pasir. Biarkan ia mendidih lama sedikit supaya semua gulanya hancur. Setelah itu tapis.

Masak lagi diatas api. Sementara itu, kocak telur dengan santan pekat dan air sehingga rata. Taburkan sedikit garam. Perlahan-lahan curahkan kedalam periuk agar-agar. Kacau sehingga rata. Biarkan ia mendidih lagi beberapa minit, supaya kelihatan gumpalan telur disebelah atas.

Perlahan-lahan tuangkan kedalam cetak agar-agar, atau loyang. Biarkan sejuk dan kental baru boleh dipotong.

Oleh kerana agar-agar ini mengunakan santan, jangan simpan terlalu lama diluar. Seelok-eloknya setelah sejuk, simpan didalam peti sejuk.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net