A Little Creation From My Little Kitchen....
Image Hosted by FileHive.com
By: baby batriesyia

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 18-Sep-2006 02:23 Email | Share | Bookmark

 
 
 
Menu hujung minggu kali ni buat special sikit utk hubby ngan anak2.....ini gara2 teruja tengok gambar dlm majalah Rasa (dengan sedikit modifikasi)...hmmm....teringin nak cuba.....lagi pun dah lama asyik makan nasi putih jer....kali ni buat ler Nasi Beriani.......Since pagi tu makan roti jer....so utk lunch (kira cam brunches ler...)....makan awal sikit.....pagi2 dah siapkan lauk pauk utk makan ngan Nasi Beriani tu....



Quote:
Nasi Beriani

1 kg Beras Basmathi
2 helai daun pandan (disimpul)
1 tin susu cair
120 gm minyak sapi
100 gm kismis
Sedikit saffron (koma koma)
Air secukupnya
Garam

Bahan A
30 gm halia - dititik
30 gm serai
10 gm kulit kayu manis
30 gm bawang kecil - dihiris
30 gm jintan manis (i used powder)
30 gm jintan putih (i used powder)
60 gm rempah beriani

Cara
Basuhkan beras dan ketepikan. Tumiskan bahan A dgn minyak sapi hingga naik bau, masukkan beras dan gaul sebati. Biar sekejap. Masukkan susu cair dan air secukupnya. Biar mendidih, masukkan kismis dan saffron - kacau sebentar. Biarkan hingga masak.




Ayam Masak Kuzi adalah masakan favorite, rempah kuzi sahaja agak mahal berbanding rempah2 lain terutama di pantai timur semenanjung dan jarang boleh jumpa kat negeri2 lain.....kena pulak kalau buat cicah ngan roti jala....teringat hampir 10-12 tahun yg dulu, seorang rakan pejabat (seorang lelaki, bekas tentera)...memang pakar buat kuzi....dan kuzi yg dia buat mmg teringat2 sampai sekarang....sangat sedappp!!!....Masa tu dia siapkan satu tong besar Kuzi Ayam.....dan semuanya habis dimakan oleh rakan2 pejabat......!! Satu petua penting utk kuzi yang sedap, ayam2 mesti digoreng separuh masak terlebih dahulu.....

Quote:
Ayam Masak Kuzi

Ayam (dipotong dadu @ kecil2)
1 tin susu cair
Sos Tomato
Tomato Puri
Bawang Goreng - dikisar halus
Garam
Perasa (option)
Sedikit gajus
Seikat daun pandan
Sedikit saffron

Bahan Kisar
2 cm halia
1 1/2 sudu makan jintan putih
3 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
4 sudu makan rempah kuzi - dijadikan pes

Bahan Rempah
Kulit kayu manis
Buah Pelaga
Bunga Lawang
Bunga Cengkih

Panaskan minyak sapi. Tumis bahan kisar bersama bahan rempah. Masukkan ayam. Kacau sebentar. Masukkan susu cair, sos tomato, daun pandan dan tomato puri. Masukkan gajus, garam dan perasa. Bila hampir masak, masukkan bawang goreng dan saffron. Hidangkan.




Quote:
Acar Masak Rampai

Timun batang - dihiris panjang2
Lobak Merah - dihiris nipis panjang
Bawang putih
Bawang merah
Gula
Garam
Cuka Makan
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya

Bahan A
Cili kering - direbus dan dikisar halus
Sos Cili
Sos Tomato
Bunga Lawang
Kulit Kayu Manis

Tumis bahan A hingga naik bau. Masukkan bahan hiris. Gaul seketika. Masukkan cuka, gula dan garam. Masukkan sedikit air dan kacau hingga masak.








View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net