A Little Creation From My Little Kitchen....
Image Hosted by FileHive.com
By: baby batriesyia

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 11-Jul-2006 00:58 Email | Share | Bookmark
MENU FOR BREAKFAST

Omalette
KueTeow Goreng - last night dinner
Selalunya my favorite place utk breakfast hari2 kat Stesen Keretapi Arau.....sbb kat situ je boleh dpt makan Nasi Dagang ngan Nasi Kerabu......boleh le lepas gian rindu nak makan tu.....sambil2 tu boleh tengok keretapi (..... mcm budak2 pulak....)....tp kalau bantai Nasi Kerabu kat situ mmg berbaloi....pasal apa???? Sbb boleh cedok sendiri....nanti sambal kelapa dia penuh separuh pinggan.....tp hari ni sbb dah makan omalette pagi2 buta lagi, rasa kenyang lagi ler.....so ambik meehoon ngan daging goreng sikit.....pastu pekena milo tarik.....aaaahhhh....kenyang betul....

Anyway pagi ni buat bekal utk anak ke sekolah....dia sibuk suruh mama dia masak Omalette mcm makan kat rumah auntie Tina dia....hai.....sibuk le pulak tanya Tina camne dia buat....maklum le...x pernah buat benda2 stail western ni.....sbb kat rumah yg tukang makan cuma mama ngan along je....org lain x minat.....siap masak tu, separuh Omalette tu masuk perut mama.....lapor le pulak....tp mmg sedap.....TQ Tina for the recipe....

Quote:
Omalette

1 ulas bawang besar - dipotong dadu
1 keping sosej - dihiris nipis
4 cendawan butang - dipotong ikut suka
Sedikit minyak
Beberapa kepingan Cheese (ready made)

Panaskan kuali, tumiskan bawang - bila kuning masukkan sosej dan cendawan butang, goreng sampai masak. Ketepikan.

3 biji telur
Sedikit Serbuk Lada Sulah
Sedikit Garam

Pecahkan telur dan dipukul hingga bercampur dengan serbuk lada sulah dan sedikit garam. Dadarkan di dalam kuali leper dan taburkan bahan tumis tadi separuh telur yang didadar tadi dan lipat separuh bulatan. Bila hampir masak, letakkan kepingan cheese yang dipotong-potong dan angkat. Hidangkan bersama roti putih.


Quote:
KUETEOW GORENG

Mee
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah - kedua2 bahan ditumbuk
1 mangkuk kecil isi ayam
1 mangkuk kecil udang
Sedikit fishball
6 sudu besar sos tomato
6 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap manis
Sayur Sawi
Kobis
Taugeh
Daun Bawang
Daun Sup
Sedikit lada merah
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Sedikit perasa

Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih dan bawang merah. Masukkan ayam, udang, fishball dan goreng sebentar. Masukkan sedikit air. Masukkan sos tomato, cili, sos tiram, kicap. Masukkan garam, perasa dan lada sulah. Kacau sebati. Biarkan ia agak pekat sedikit. Masukkan kueteow dan masukkan sayur. Goreng sebentar. Bila hampir masak, masukkan daun bawang dan daun sup. Hidangkan..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net