A Little Creation From My Little Kitchen....
Image Hosted by FileHive.com
By: baby batriesyia

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 4-Jul-2006 01:18 Email | Share | Bookmark
CREAM PUFF

Mentega, air, garam dimasak
Masukkan tepung
Adunan menjadi doh
Putar hingga sejuk dan masukkan telur
Paipkan adunan atas loyang
Adunan dibakar
Bake this cream puff pada petang Jumaat....specially utk bawak ke rumah my dear friend, Tina....



Quote:
130 gm Tepung Serbaguna
1/2 sudu teh Garam
100 gm Mentega
2 biji Telur (Gred A)
250 ml Air

Cara Menyediakannya

1. Mentega, Garam, Air disatukan dalam periuk dan dimasak hingga mendidih.
2. Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan hingga menjadi doh. Kacau cepat2.
3. Kemudian, masukkan adunan tadi ke dalam mixer dan putar hingga sejuk.
4. Masukkan telur satu persatu, teruskan kacau.
5. Adunan tadi diisi ke dalam piping bag dan dipaip menggunakan nozzle star.
6. Bakar selama 30-40 minit pada suhu 170'C sehingga masak (atau sehingga kilat2 pada permukaan puff tadi hilang)

Inti

500 ml susu segar
75 gm Tepung Jagung
100 gm Gula Castor
2 bji Kuning Telur
1 sudu teh Esen Vanila

Cara

Semua bahan tadi dicampur bersama kecuali telur. Didihkan sehingga kental. Ambil 2 sudu makan adunan ini dan dicampur ke dalam kuning telur, campurkan cepat dan masukkan ke dalam adunan asal tadi. Gaul rata dan dikacau dengan cepat. Angkat dan sejukkan.


Quote:
ms >> inti cream puff masuk time bila???? mesti ler bila dah masak.....suka hati ler nak belah cream puff mcm mana.....paip jer dlm puff tu....then NGAPPP


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net