A Little Creation From My Little Kitchen....
Image Hosted by FileHive.com
By: baby batriesyia

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 29-May-2006 01:02 Email | Share | Bookmark
FONDANT CAKE

 
Kek fondant sebelum dihias
Minggu ni ada kawan tempah kek fondant.....buat kek buah-buahan......dekat 2 jam 30 minit gak membakarnya......sebelum tu siapkan fondant dulu, buat dari awal pagi lagi.....belah malam baru start 'operasi' cover cake ngan fondant.....hiasan pakai royal icing, bunga of course yang ready made sahaja......berpeluh2 gak nak buat....kena berkejar2 ngan baby lagi....



Kek Buah Buahan

200 g gula kastor
1/2 camt garam
120 g mentega
100 g marjerin
7 g ovalette
250 g tepung naik sendiri
4 biji telur
500 g buah-buahan kering
150 g kacang / badam bakar, dicincang

Pukul mentega, marjerin, ovalette dan tepung pada kelajuan perlahan 1/2 minit, kemudian tinggi selama 3 minit. Tambah gula dan garam, pukul tinggi 3 minit. Masukkan sebiji demi sebiji telur dan pukul sebati. Campurkan baki bahan dengan senduk kayu. Ratakan di dalam tin bulat 9 inci yg dialas 2 lapis kertas kalis minyak. Bakar pada 170 C selama 2 jam 30 min atau hingga masak.

Fondant
750 gm gula icing - diayak
10 gm gelatin
3 sudu besar air
1 sudu teh shortening - dicairkan
1 sudu teh gliserin
3 sudu teh liquid glucose

Cara
Masakkan gelatin dengan air sehingga gelatin larut sepenuhnya. Masukkan gliserin dan liquid glucose dan kacau. Terus angkat dari api dan kacau hingga sebati. Tuangkan gula icing ke dalam adunan tadi dan kacau. Teruskan menguli sehingga ia menjadi doh dan tidak melekit. Jika lembik, tambah gula icing dan jika keras, boleh tambah air atau shortening. Simpan doh dalam zipper bag dan letak dalam container. Sebaiknya biarkan doh sehingga lebih 12 jam.

Royal Icing
4 1/2 sudu teh meringue powder
2 cawan gula icing - diayak
3 sudu besar air panas

Cara
Campurkan semua bahan dan dipukul hingga sebati. Jangan dedahkan icing kepada udara. Sebaiknya tutup dengan tuala lembap.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net