A Little Creation From My Little Kitchen....
Image Hosted by FileHive.com
By: baby batriesyia

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 26-May-2006 03:23 Email | Share | Bookmark
CHEESE CAKE

 

Doh ini boleh digunakan untuk asas pie

Resipi ini adalah dlm bentuk asal diberi oleh guru yg mengajar - saya x berani nak olah atau ubahsuai - adunan ini boleh menghasilkan 3 biji cheese cake saiz loyang bulat 14". Anda boleh kurangkan untuk penggunaan yang sedikit.

Lapisan Bawah (Sugar Dough)

300 gm margerin
300 gm gula icing
3 biji telur
600 gm tepung soft flour

Cara

Pukul Margerin dan gula hingga rata. Masukkan telur satu persatu. Akhir sekali masukkan tepung dan angkat dr pemutar. Canaikan doh, bentukkan mengikut saiz acuan cheese cake nanti, alas dengan kertas minyak dan bakar (half bake) dlm oven.

Lapisan Atas

2 kg cream cheese
700 gm gula castor
16 biji telur
700 ml non dairy whipping cream
170 gm soft flour
2 biji lemon juice bersama kulit diparut
Sedikit Perisa Vanila

Cara

Pukul cream cheese bersama gula hingga rata. Masukkan whipping cream dan dipukul dengan speed yang perlahan. Bila telah rata, masukkan telur satu persatu. Kemudian masukkan tepung. Masukkan limau dan perisa vanila. Letakkan doh yg telah dibakar tadi dalam bekas kek dan tuang adunan kek ke dalamnya. Bakar kek selama 1 jam secara bain marie. Kek yang telah masak boleh disapu dengan apricot glaze untuk mengilatkannya.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net