A Little Creation From My Little Kitchen....
Image Hosted by FileHive.com
By: baby batriesyia

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 11-Feb-2008 03:12 Email | Share | Bookmark
Nasi Kerabu

Nasi Kerabu
Sesampai jer ke rumah mak, mak dah siapkan nasi kerabu untuk hidangan kita orang.....masa tu dah lewat petang dah......tapi dek kerana kelaparan, maka makan ler puas-puas......just nasi kerabu mak x de ler complete ngan ayam percik ke, budu ke (sbb mak tak makan budu), sambal lada ke, solok ke....... yg tu korang kena buat sendiri ler.......

Ini ikut cara my mom......tak susah.....mudah ajer.....yg etcetera tu of course ikut selera masing-masing.....ada org suka letak, ada orang tak suka.....this is the basic one.....




Quote:
Sambal Tumis

Bahan Dikisar
2 batang serai
3-4 batang Cili Kering
Sedikit Halia
2 ulas Bawang Putih
4 ulas Bawang Merah

1 mangkuk pati santan + sedikit air
Garam
Gula
Asam Keping

Jerang santan biar hingga ia pecah minyak. Tidak perlu dikacau kecuali sekali sekali untuk mengelakkan ia melekat pada dasar periuk. Kemudian, masukkan bahan yang dikisar tadi bersama dengan garam, gula dan asam keping. Biar ia sebentar dan boleh diangkat.




Quote:
Sambal Kelapa

Bahan Ditumbuk
Bawang Merah
Halia
Lada Hitam
Isi Ikan (yg telah digoreng)
Gula @ Gula Melaka

Kelapa Parut (yg digoreng sebentar)
Garam

Gaul kelapa parut bersama dengan bahan yang telah ditumbuk tadi hingga ia rata dan perasakan.


Quote:
Bahan-Bahan Sampingan Nasi Kerabu

Budu
Sambal Lada
Solok Lada
Daging Bakar
Ayam Percik
Bawang Putih Jeruk
Telur Masin


Quote:
Ulam-Ulaman (hiris halus)
Taugeh (yg ni x perlu hiris)
Daun Serai Wangi
Daun Kadok
Bunga Kantan
Serai
Timun batang
(Etcetera - tambahan pilihan sendiri)



Ini lak sempat kita orang singgah makan kat restoran ni.....




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net