A Little Creation From My Little Kitchen....
Image Hosted by FileHive.com
By: baby batriesyia

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 3-Feb-2008 07:01 Email | Share | Bookmark

Lauk hidangan tengahari ni......Ayam Masak Percik Perak.....pestime try ni.....tak pernah lagi buat percik letak jintan manis ngan jintan putih......kali ni nak cuba ubah selera pulak....nak try camne rasanya percik ni.......lagipun mudah jer cara buatnya.......



Quote:
Ayam Percik Perak
Source : Variasi Masakan Utara

Ayam - dipotong sesuka hati
500 ml santan
1 keping asam gelugur
1 batang serai - diketuk
Garam & Gula

Bahan A - dikisar
10 ulas bawang merah
4 biji cili merah - (saya gunakan cili kering)
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan jintan manis
1/2 sudu teh lada hitam

Di dalam periuk besar, satukan ayam, bahan A dan santan, gula pasir, asam gelugur dan garam. Jerang atas api sederhana hingga ayam separuh masak. Biar kuahnya pekat di atas api perlahan. Angkat ayam dan panggang hingga masak. Percikkan juga kuah santan semasa memanggang ke atas ayam.




Quote:
Belado Ikan Bilis

Segenggam kacang tanah - digoreng
Segenggam ikan bilis - digoreng garing
4 batang cili merah
5 ulas bawang merah
Garam, Gula

Kisar cili merah dengan bawang merah hingga lumat. Goreng kacang tanah dan ikan bilis secara berasingan. Kemudian, tumiskan bahan kisar tadi hingga garing. Masukkan kacang tanah dan ikan bilis dan gaul hingga rata. Masukkan gula dan garam secukup rasa.


Nina wrote

Quote:
cik_bawang >> hai cik bawang......percik tu beza pasal boh jintan....biasa buat mmg x letak pun jintan.....but taste wise ler....kira ok ler.....ooooo....buat cream puff ekk......nasib baik jadi nooo...kalu x jadi jenuh lak kena sesi soal jawab..... ala cik bawang....tepek jer ler resipi tu.....mana yg letak kat sini bukan hak mutlak akak pun.....semua utk dikongsi.....nak publish mana2 pun tak kisah....



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net