A Little Creation From My Little Kitchen....
Image Hosted by FileHive.com
By: baby batriesyia

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 12-Jan-2008 06:06 Email | Share | Bookmark

Kek marble yang baunya harum semerbak sbb menggunakan butter golden churn.....sbb utamanya kes malas nak timbang....so campak jer semua satu bungkus..... (ops.....sesungguhnya diriku x dpt lari dr sifat pemalas.... )



Quote:
Kek Marble
Source : kc - forum resipi diana

Bahan-bahan

210g tepung kek/gandum( ayak dgn baking powder)
210g gula kaster
250 butter
1 tsp baking powder
1 tbsp ovallette
3 tbsp susu pekat
6 biji telur
1tsp vanilla essence
2 tbsp koko powder (ayak) - kalau nak lagi gelap, tambah chocolate emulco 1/2- 1tbsp

Caranya

1. Pukul butter, vanilla essence dan susu pekat hingga kembang dan pucat. Ketepikan.
2. Pukul putih telur hingga berbuih sedikit. Tuangkan gula sikit-sikit hingga habis. Masukkan kuning telur satu-satu hingga habis. Masukkan ovallette dan pukul hingga adunan kembang dan mantap.
3. Masukkan mentega dalam adunan telur, kaup-balikkan, kaup-balikkan hingga hampir rata. Masukkan tepung, kaup-balikkan hingga rata.
4. Bahagikan menjadi dua adunan dengan salah satu dicampur dengan koko powder.
5. Sapukan loyang 8x8 inci dengan butter.
6. Tompokkan adunan asli dengan coklat secara selang-seli hingga habis.
7. Bakar dengan suhu 180 darjah selama 50-60 minit.




Sori ler x leh potong kek ni so x leh tunjuk rupa dalam pasal kek tu akan diselimutkan petang satgi....ni kek orang punya...hehehe...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net