A Little Creation From My Little Kitchen....
Image Hosted by FileHive.com
By: baby batriesyia

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 21-May-2007 06:57 Email | Share | Bookmark

Ini 2nd time buat kek ni......cuma lapisan keknya sangat ler sedikit.....so dah nampak cam cream caramel ler pulak.....maybe next time kena guna acuan lagi kecik....pasal x comel jer bila nengok kek yang nipis ni..........



Quote:
Kek Puding Keramel
Sumber : Yani (myresipi)/ MD (resipidiana)
Bahan-bahan ( 20cm )

Karamel
• 60g gula
• 1 sudu besar air
• 2 sudu besar air

Puding
• 4 biji telur
• 500ml susu segar
• 70g gula
• sedikit esen vanila

Kek span
• 70g tepung gandum
• 60g gula halus
• 2 biji telur
• 20g mentega- dicairkan

Cara-cara

1.Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree. Cairkan mentega dan ketepikan.
Sediakan karamel Campurkan gula dengan 1 sudu air. Panaskan sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air lagi. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.

2.Sediakan puding. Panaskan susu dan gula sehingga gula hancur dan padamkan api.
Masukkan telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Kemudian tuangkan susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk sambil dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.
Tapiskan ke dalam loyang karamel tadi.

Sediakan kek span. Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula sehingga kembang. Pukul pula telur kuning dengan separuh gula lagi sehingga jadi bentuk krim. Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati. Ayak tepung ke dalam adunan telur dan kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.

Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati. Tuangkan adunan kek tadi ke dalam loyang puding tadi. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.) Sejukkan dulu br keluarkan dr loyang.


Nina wrote

Quote:
cak >> ye cak.....bakar serentak semua sekali dlm oven.....
zura >> rasanya boleh gak ganti guna susu cair.....tp kan guna susu segar lagi murah apa.....
rinnchan >> cuba ler rinn.....sedap ni.....
penyulawa >> tak susah nim.....cam caramel gak, make sure sejukkan dlm fridge dulu then baru keluarkan dari loyang


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net