A Little Creation From My Little Kitchen....
Image Hosted by FileHive.com
By: baby batriesyia

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 7-May-2007 03:08 Email | Share | Bookmark

Kita lihat2 dulu menu kita minggu ni.....semuanya simple dan mudah jer....cam biasa versi org malas nak masak lauk yg ada list panjang2.....




1 Udang Goreng Mentega 8-10 ekor udang sederhana besar (digaul dengan sedikit kunyit dan garam dan digoreng hingga masak), 2 sudu besar mentega, 3 sudu besar susu cair, Sedikit daun kari, 5-6 biji cili padi (dihiris halus), garam, gula, perasa - Panaskan kuali, masukkan mentega, kemudian letakkan susu cair, cili padi, daun kari, gula, garam. Masak hingga pekat dan masukkan udang yang telah digoreng tadi. Gaul hingga rata.

2 Ayam Masak Kurma

3 Sup Cendawan 1 biji bawang besar dibelah 4, 1 biji lada merah - dihiris halus, 1 helai daun kunyit (carik2kan), garam, perasa, air, cendawan, sedikit sotong (potong bulat) - campurkan semua bahan sekali dan biar hingga masak.

4 Pucuk Paku Goreng dgn Isi Ayam

5 Tenggiri Masak Berlada Sekeping isi ikan tenggiri (sederhana), 2 biji lada merah, 2 ulas bawang merah, garam, perasa, gula, tomato (belah 6) - Isi ikan digaul dengan sedikit garam dan digoreng hingga masak. Kisar halus lada merah dan bawang merah, kemudian tumiskan hingga wangi, masukkan garam dan gula/perasa. Tuangkan ke atas ikan tadi dan hias dengan tomato. Siap utk dihidangkan.

6 Taugeh Goreng

7 Kari Ikan

8 Solok Lada
Sedikit isi ikan, kelapa parut, sedikit lada hitam, sedikit garam, gula, perasa, sedikit santan - Tumbuk isi ikan, kelapa parut, lada hitam, garam, gula dan perasa hingga lumat. Sediakan lada hijau yang agak gemuk dan belah buang bahagian bijinya. Sumbatkan kelapa parut tadi ke dalam lada hijau. Sediakan periuk, masukkan sedikit santan pekat, letak sedikit garam dan letakkan lada hijau yang telah siap disumbat tadi dan dimasak hingga kuah hampir kering. Angkat.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net