A Little Creation From My Little Kitchen....
Image Hosted by FileHive.com
By: baby batriesyia

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 7-May-2007 01:57 Email | Share | Bookmark

Dah lama beli bekas kecik tu nak buat tepung pelita.....tp penyakit M ni selalu benor hinggap kat kepala.....x pernah ada ayat rajin tu.....apalagi bab2 buat kuih muih ni....tp hari tu, mmg teringin sangat nak makan.......projek buat kuih start dah lewat malam.....x pe.....pagi esoknya boleh ngappp.....kuihnya goyang ala-ala inul gitu......goyang gerudi.....sedapppp cuma kalau guna daun pisang cam original dr kampung ku itu, lebih ler sedapnya.....apa nak buat, payah nak cari....

Resipi copy terus dr forum diana.....malas lak nak menaip.....




Quote:
TEPUNG PELITA ambil dari myresepi.com (Aries dah try semalam...sedappppp...rugi kalau tak try)

Bahan-bahan ( 20 cups- bergantung pd saiz bekas )
• 1 cawan tepung beras
• 1 cawan gula
• 5 cawan air
• 4 sudu besar tepung beras (ratakan)
• 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
• 4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
• sedikit garam
• sedikit air kapur (aries omit)

Cara-cara membuat adunan yg warna hijau
1. Tepung (1 cawan) , air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
3. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.

Cara-cara membuat adunan yg warna putih
1. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
2. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
3. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
4. Sejukkan


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net