A Little Creation From My Little Kitchen....
Image Hosted by FileHive.com
By: baby batriesyia

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 2-Apr-2007 00:58 Email | Share | Bookmark

 
 
My menu utk minggu ni very the simple2 ajer.....kebetulan hari Jumaat tu ke Pasar Malam, dpt ler belikan lauk2 buat stok.....dlm hati berhajat besar nak buatkan asam pedas.....tp since hubby x makan asam pedas, kena ler pulak buat gulai kari ketam tu untuk dia.....memikirkan dua2 lauk tu pulak pedas, kena ler pulak sediakan ayam untuk anak2 makan......so buat ler Ayam Masak Lemon.......hitam jer ayam aku..... gara-gara guna minyak masak recycle.....



Quote:
Asam Pedas Ikan Pari

Bahan Kisar:
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 inci kunyit hidup
1 sudu besar lada hitam
Sedikit buah keras
10 tangkai cili kering

Ikan Pari – dipotong sesuka hati
1 ikat daun kesum
1 batang serai - dititik
5 sudu besar air asam jawa
Sayur Bendi (saya omit coz x de…)
Tomato (dipotong kecil)
Air secukupnya
Sedikit minyak

Cara Menyediakannya

Tumiskan bahan kisar dengan sedikit minyak hingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa, air, ikan, serai, daun kesum dan biarkan mendidih. Bila hampir masak, masukkan buah tomato tadi. Sedia utk dihidangkan.




Ini pulak menu hari Ahad.....yg ni masak dengan expressnya....pasal hubby dah pesan.....cepat2 masak, nanti nak tengok Konsert AF...... ....untuk pertama kalinya, ini ler kali pertama beria-ia benor tengok konsert.....kalau idok, jangan harap ler.....dulu tak minat, skrg syok lak tolong para juri bagi kritikan..... pendek kata makan depan TV ler......



Quote:
Sotong Celup Tepung

Sotong - dihiris bulat-bulat, dibasuh dan ditoskan

1 sudu makan serbuk kari
3 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung gandum
Sedikit gula
Sedikit garam
Air secukupnya (pastikan bancuhan pekat)

Celupkan sotong dan goreng hingga garing.


Quote:
LEMON CHICKEN(dari blog Ishzah)
ISI AYAM GORENG
Bahan-Bahan
400gm isi ayam (kita guna paha ayam)
1 s/mkn halia kisar
* Lumurkan halia kisar dengan ayam. Perapkan sebentar.

2 s/mkn besar tepung beras
1 s/mkn besar tepung jagung
1 s/mkn lada sulah
1 s/teh garam
1 s/mkn gula
2 butir telur
2 s/mkn susu sejat

Cara penyediaan
Dalam satu mangkuk satukan kesemuanya . Gaul hingga adunan menjadi sebati. Masukkan isi ayam yg telah di perap dengan halia. Goreng ayam dalam minyak yang agak panas dengan api yg sederhana.
Bila ayam sudah di goreng, toskan minyaknya. Lalu potong ayam dengan menggunakan pisau yg tajam.
Letakkan di atas piring lalu siramkan dengan sos lemon. Sedap dihidangkan semasa panas.

SOS LEMON
Bahan-Bahan
4 s/mkn jus lemon
5 s/mkn gula
3 s/mkn tepung jagung
300 ml air atau secukup kepekatan yang anda inginkan.
1 s/mkn cuka
Setitik dua lemon paste

Cara penyediaan
Satukan kesemuanya dalam periuk kecil. Lalu didihkan, kacau hingga sos agak pekat sedikit. Rasa apa yang kurang, bolehlah ditambah. Padamkan api lalu sejukkan. Sedia untuk di gunakan.

Note:
Rasa sos haruslah masam manis.


Quote:
Masak Lemak Telur

Bahan Kisar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
Sedikit Lengkuas
Sedikit buah keras

Beberapa biji telur – direbus hingga masak sepenuhnya, dikupas kulitnya
1 cawan santan pekat
1 cawan air
Asam keping
Sedikit daun kunyit – dihiris halus
Garam/Gula/Perasa

Tumiskan sebentar bahan kisar tadi dengan sedikit minyak hingga naik bau. Kemudian masukkan santan dan air atau mengikut kadar kepekatan yang disukai. Masukkan telur yang telah dikupaskan kulitnya tadi, asam keping, daun kunyit, garam, gula dan perasa. Biarkan ia mendidih dan sedia untuk diangkat.


Ini lak menu breakfast.....dan satu lagi sandwich yang kawan tempah utk mesyuarat kat pejabat......



Nina wrote :

Quote:
zura >> a'aa kan....dah ada org bagi present kena ler bagi upah..... idok ler.....saja jer....dah mmg nak kena masak pun....
raqynrafiqin >> masak...masak....jgn tak masak....
lindaaziz >> hai linda.....nina terima order sekitar utara sahaja around perlis & alor setar dan kawasan sekitarnya sahaja.....kalau around tempat tu, boleh ler pm nina.....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net