A Little Creation From My Little Kitchen....
Image Hosted by FileHive.com
By: baby batriesyia

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 23-Mar-2007 03:40 Email | Share | Bookmark

 


Quote:
Kek Keju Beri Biru
Source : Catherine Lau

Bahan Kulit
110 g mentega, dicairkan
200 g biskut digestive, dihancurkan
2 sudu besar gula perang
50 gm badam panggang, dicincang (kita guna badam kisar)

Adunan cheese
500 gm cream cheese, dilembutkan pada suhu bilik
30 gm mentega
120 g gula castor
Parutan kulit lemon, 1 biji
Perahan lemon, 1 biji
30 gm tepung jagung
300 ml krim putar
4 biji telur, dipukul sedikit
150 g inti pai beri

Untuk hiasan atas
1 sudu teh serbuk gelatin
30 ml air
150 gm inti pai beri

Sediakan dasar kek dengan mencampurkan semua bahan hingga sebati dan diletakkan ke dalam acuan kek, tekan kemas2 dan sejukkan dahulu di dalam peti sejuk sebelum dituangkan inti ke atasnya.

Pukul cream cheese dengan mentega hingga tidak berbintil-bintil. Tambahkan gula, jus lemon, parutan kulit lemon dan tepung jagung dan kacau hingga sebati. Masukkan krim putar dan kacau lagi hingga adunan pekat. Tambahkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga sebati.

Tuangkan separuh adunan ke dlm acuan tadi dan letakkan inti pai beri perlahan2 secara merata di atasnya. Kemudian tuangkan adunan yang lagi separuh hingga penuh. Bakar adunan secara bain marie selama 1 jam atau sehingga intinya keras tapi bahagian tengahnya masih goyang-goyang sikit gitu. Kemudian tutup suis ketuhar dan biarkan kek di dalamnya selama 30 minit. Kemudian keluarkan alas berisi air tadi dan terus sejukkan kek tadi di dalam oven sehingga ia benar-benar sejuk dengan pintu direnggangkan sedikit. Barulah alihkan kek untuk disejukkan ke dalam peti sejuk selama beberapa jam.

Inti pai beri tadi boleh ler dihiaskan di atas kek sebelum kek disejukkan di dalam peti sejuk.

Selamat mencuba....


Quote:
Zana/ros >> Hi zana…..nina ni saja nak mencuba sbb dah lama sangat peram…..nak kata minat makan tu idok ler…..semua yg nina buat bagi org makan jer…..hehehe
Mama_aisyah a.k.a eja >> alahai….panjang tuuu soklan tuuu……pertama, tak mau boh beri itu suka hati ler eja……x mengapa x boh pun, ada org mmg x suka……kedua, oh ya…..lupa tulis saiz acuan lak…..hmmmm……nanti nak ingat balik…..rasanya dlm 9 in punya loyang ni….. aik....pendek lak jawapan k nina ya......
kacip >> untuk penggemar cheese cake sudah semestinya akan suka......
emmil's >> ish....english deco ni peberet nina ni......
ida_isk >> kalau x mau berat naik, buat jer, bg ler org lain makan.....
rxcrew >> sila....sila ler....
yatt >> cuba ler yatt.....mana tahu kena selera.....
flower girl >> ini resipi dr catherine from her cheese cake book.....
rinchann >> itu ler....hubby pun suka makan.....padahal dia x suka makan kek....
jeff >> nina pasti penggemar cheese cake suka kek2 dr koleksi catherine ni.....penuh rasa cheese.....but utk nina sendiri, 1 slice pun dah cukup pasal kita suka buat jer, x berapa suka makan....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net