A Little Creation From My Little Kitchen....
Image Hosted by FileHive.com
By: baby batriesyia

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 22-Jan-2007 02:39 Email | Share | Bookmark

Dah agak lama rasanya resipi ni terperap di dapur, langsung x de usaha nak buat......mcm2 halangan jer yang datang.....selain daripada halangan malasssss....... Dan cuti hujung minggu oleh kerana sibuk hendak menyediakan menu makan pagi, makan tengahari ngan makan malam, maka masa utk betul2 menjalankan eksperimen di dapur terhad pada waktu petang sahaja......kalau ada agenda luar, gamaknya x de ler xperimen ni semua.....

Walau apa pun, di sebalik oven besar yang rosak soketnya selepas membakar swiss roll sebelum itu, maka egg tart terpaksa buat pakai oven kecik.....ini ler gunanya ada stand by di sebelah.....agaknya terlalu banyak menggunakan oven, jadi soketnya mencair.....terlalu panas.....kesian oven ku....nasib baik hubby ada kemahiran ngan barang2 elektrik, so tunggu hubby beli kepala soket baru utk gantikan yang tu....

Di sebalik halangan tu, baby pulak demam dah dua tiga hari......dlm dua tiga hari ni gak dia x mahu langsung minum susu.....nasi pun x mahu makan, yg dia nak buah2 jer....since yang lain baby x mahu, kita bagi ler jugak.....kesian dia, mata pun dah layu.....letih benor agaknya.....




Quote:
EGG TART

Bahan Pastri
125 gm butter
60 gm gula icing
1/2 biji putih telur
1 biji telur merah
220 gm tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanila

Semua bahan di atas diadun hingga menjadi doh. Bentukkan doh dlm acuan, cucuk2 dengan garpu dan bakar selama 8-10 minit atau separuh masak pada suhu 175'C.

Bahan Kastard telur
280 gm susu segar
160 gm gula
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Susu segar dan gula dimasak di atas api hingga semua gula larut. Tutupkan api. Dengan menggunakan whisker, masukkan telur dan esen vanila. Kacau perlahan-lahan sahaja. Kemudian tapiskan.

Masukkan adunan ini ke dalam tart yang separuh masak tadi dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 175'C. Sejukkan sebelum dialihkan dari acuan.




Quote:
mamafami >> hmmm....ini first time buat egg tart.....sedap gak rupanya....ehhehe...perasan lak...
zurina >> tart yg berisi kastard selalunya x akan crunchy pasal kelembapan kastard tu menyerap kulit tart...kalau nak tahan, bakar biar garing kulit tu then simpan dlm fridge, insyaAllah, crunchy tu ada ler gak.....x lembut kalau letak kat luar...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net