A Little Creation From My Little Kitchen....
Image Hosted by FileHive.com
By: baby batriesyia

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 16-Jan-2007 07:56 Email | Share | Bookmark

Masak Lemak Putik Jagung
Gulai Lemak Ikan Kering
Ini sebenarnya menu hari minggu......ada masak Tomyam Putih Kepah, Paru, Masak Lemak Putik Jagung, Udang ngan Ikan Pekasam....resipi nanti bila ada masa free kita update lagi......skrg ni sibuk ngan musim penilaian staf.....sakit mata lak dok mengadap komputer ngan nombor-nombor ni....



Quote:
Daging Halia Kicap

Daging - dihiris nipis
2 in halia
5 ulas bawang putih
2 biji bawang besar (halia, bawang putih, bwg besar ditumbuk halus)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil sos lada hitam
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu teh minyak bijan
Sedikit kacang peas
Gula dan garam utk perasa

Perap daging dengan sos tiram, sos lada hitam dan kicap pekat selama 30 minit. Tumiskan halia dan bawang putih, kemudian masukkan daging, gula, garam dan minyak bijan. Taburkan kacang peas dan bawang besar bila daging hampir masak. Angkat.




Quote:
Tomyam Putih Kepah
Sumber : K Noor

Kepah - cuci bersih
2 batang srai - dihiris nipis
1 cm lengkuas - dihiris nipis
1 tangkai daun ketumbar - dihiris
1 ulas bawang putih - diketuk
7-8 tangkai cili padi - kita x hiris, just campak gitu jer....
5-6 helai daun limau purut
2 sudu besar sos ikan
Jus limau nipis (anggaran dlm 3 sudu makan)
1 sudu besar pati santan - kita letak dlm 1/2 cawan
Air secukupnya

Cara
Dalam periuk, campurkan serai, daun limau purut, lengkuas, bawang putih dan air. Bila mendidih, kecilkan api dan masukkan santan, sos ikan, jus limau nipis, cili api, kepah dan garam secukup rasa. Biarkan hingga masak. Tabur daun ketumbar bila hendak dihidang




Quote:
Paru Masak Pedas
Sumber : Cari

Paru - direbus terlebih dahulu dan dihiris nipis

Kisar:
Bawang putih
Bawang Merah
Halia
Jintan Manis
Jintan Putih
Cili Kering
Sedikit asam keping
Sedikit Cili Sos

Panaskan minyak dlm kuali dan goreng paru yang dihiris tadi hingga rangup. Masukkan bahan blend, cili sos dan asam keping. Goreng hingga pecah minyak. Masukkan garam dan gula, hirisan bawang dan cili utk hiasan.




Ini lak menu tengah-tengah malam.....Maggi Goreng.....sebenarnya idea x de nak masak apa, tengok malam tu hubby kalut dok cari maggi....maggi ni peberet dia, tp yg ada kat dapur hanya maggi kosong tanpa perencah......so kita pun tiba2 dpt idea yg biasa ada kat kedai2 makan....so kita buat maggi goreng.....kira boleh ler...utk makan tengah2 malam....tu pun habis 2 bungkus sekali hubby hadap....sedap katanya....





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net