A Little Creation From My Little Kitchen....
Image Hosted by FileHive.com
By: baby batriesyia

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 8-Jan-2007 04:14 Email | Share | Bookmark

Tempahan utk function kawan


Quote:
RENDANG UDANG

Bahan-bahan
1/2 kg udang besar
5 helai daun limau purut - dihiris halus
1 cawan santan pekat - dicampur dengan 1 cawan air
4 sudu besar kerisek
2 sudu besar serbuk cili kering
1 batang serai - diketuk
Minyak masak secukupnya
Garam/Perasa

Bahan Giling
4 ulas bawang merah
3 inci halia muda
2 in lengkuas
2 batang serai
2 sudu kecil kunyit serbuk
5-6 biji cili padi
2 helai daun kunyit

Cara

Panaskan minyak dan goreng bahan giling hingga naik baunya.
Tambahkan serbuk cili dan tumis hingga sebati. Kemudian masukkan santan, serai yg diketuk serta kerisik. Biar menggelegak sebentar baru masukkan udang. Kemudian biarkan hingga ia pekat dan kuahnya terbit minyak.




Quote:
DAGING MASAK CENDAWAN

Daging - direbus hingga empuk dan dihiris halus
2 ulas bawang putih - diketuk
1 biji bawang besar - dihiris
1 biji lada merah - dihiris
Lobak merah - dihiris halus
Cendawan tiram
1 inci halia - dihiris halus
4 sudu besar sos tiram
Serbuk perasa/garam/gula/serbuk lada putih
Sedikit tepung jagung - utk pekatkan kuah

Rebus daging hingga empuk. Angkat dan hiris nipis. Ketepikan sebentar.
Panaskan kuali, tumiskan bawang putih hingga naik bau dan kemudian masukkan semua bahan-bahan (kecuali cendawan).
Masak sebentar kemudian masukkan cendawan.
Masukkan sedikit air dan tuangkan tepung jagung utk memekatkan kuah.
Angkat.




Quote:
KERABU KERANG DAN TAUGEHSumber : dpt dr blog sapa ntah.....lupa lak...

Isi kerang - direbus
Taugeh - dicelur sebentar
Lada merah
Bawang merah
Sedikit air asam jawa
Air limau kasturi
Sedikit belacan
Sedikit kerisek

Kisar lada merah, bawang merah, belacan hingga hancur. Gaul dengan kerang dan taugeh. Masukkan air limau kasturi, kerisek, air asam jawa, garam, gula. Gaul biar sebati. Sedia utk dimakan.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net