A Little Creation From My Little Kitchen....
Image Hosted by FileHive.com
By: baby batriesyia

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 6-Dec-2006 00:37 Email | Share | Bookmark

 
Last night, i gave it another try....... bukan apa, malu ler ker kawan kita tu...... so nak kena buat bagi jadi gak....since itu bukan salah resipi, tp salah sendiri......i misunderstood the technique..... so semalam buat dengan tertib mengikut cara yang sepatutnya..... now i am so happy......the outcome is so beautiful.....hmmmm.....thanks to my buddy....yang sudi memberi tunjuk ajar......kiranya berbaloi ler dia melayan kerenah kita yang bertanya cam org tak sekolah......

p/s sorry everybody....semalam tengok gambar jer tp baru hari ni tepek resipi pasal baru hari ni puas hati buat....




Quote:
CREAM CARAMEL
By Tina

Karamel

100 gm gula castor
60 ml air

Panaskan gula castor dan air di dalam bekas (seeloknya acuan kuih sendiri) dengan api yang perlahan....biarkan sehingga semua gula larut dan seterusnya ia bertukar ke warna dark brown. Sekali sekala goyang2kan acuan untuk meratakan gula tadi. Tak perlu dikacau. Biarkan ia larut sendiri. Kemudian angkat, dan sejukkan sebentar di dalam peti. Sekadar 5-10 minit sahaja sehingga karamel itu keras sedikit. (Untuk mempercepatkan proses, letak bekas dlm acuan lain yang berisi air sejuk). Boleh lengser sedikit mentega di tepi acuan supaya proses mengeluarkan nanti menjadi lebih mudah.

Bahan Kastard

2 biji telur
4 biji merah telur
115 gm gula castor
1/2 sudu teh esen vanila
500 ml Susu Segar/UHT Milk - dipanaskan bersama sedikit kulit limau nipis

Cara Penyediaan

Letakkan semua telur, gula, esen vanila ke dalam bekas. Kacau dengan perlahan sahaja sehingga gula larut. Sementara itu, panaskan susu (tidak perlu sampai menggelegak) dan tuangkan ke dalam adunan tadi sambil dikacau. Tapiskan adunan ini dan tuang ke atas karamel yang telah beku tadi.

Sementara itu, jgn lupa panaskan oven bersama sebekas air (utk tujuan steam bath) atau boleh gunakan air panas. Letakkan acuan tadi ke dlm bekas berisi air panas dan bakar selama 1 jam atau sehingga masak. Jika nampak adunan masih bergoyang, tambahkan masa sedikit. Bila masak, sejukkan sebentar dan simpan di dalam peti sejuk. Bila dah betul2 sejuk, baru keluarkan dari acuan.





1. Gunakan acuan bulat 6"
2. Semasa memanaskan oven, guna suhu 180'c, kemudian turunkan ke suhu 170'c sepanjang proses membakar.
3. Adunan akan nampak bergoyang sedikit bila masak, jgn risau.....pastikan ia disejukkan dulu semalaman di dalam peti sejuk. InsyaAllah, it will turn out nice...
4. Tujuan meletakkan kulit limau nipis ni utk membuang bau hanyir telur.....insyaAllah, puding akan rasa lebih creamy dan wangi jer.....


Quote:
rossya >> hi rossya......cuba ler....insyaAllah...jadi elok jer...
iszah >> insyaAllah sedap rasanya......kena cuba baru tahu.....tp kalau not to ur taste, jgn marah k nina ekkk.....
mastura >> alahai....tak dapek den nak nolong ekkk.....nanti kalau2 k nina cuba lagi, k nina cuba sukat ngan cawan lak ekkk.....
rozeela >> cuba ler....k nina pun try & error gak....alhamdulillah...kali ni jadi...
nabia >> x de oven, nabia kukus jer le....cuma kalau kukus tekstur dia x licin cam kita bakar, kalau kita bakar dia tak menggerutu
yana >> sama2 yana.....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net