A Little Creation From My Little Kitchen....
Image Hosted by FileHive.com
By: baby batriesyia

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 4-Dec-2006 07:17 Email | Share | Bookmark

Sayur Goreng
Semenjak dua menjak ni tak berapa sempat nak masak2 kat rumah..... kena pulak selalu dinner before 6.00 pm, so sebelum balik rumah, dah singgah makan2 dulu.....cuma 2-3 malam lepas, sempat masak yg simple jer....itu pun malas gak sebenarnya sebab yang nak makan cuma kita ngan anak jer.....ish.....sapa lagi nak makan....hubby x de balik kampung lak.....



Quote:
AYAM MASAK KICAP

Ayam - dipotong kecil2
3 sudu besar kicap pekat masin
3 sudu besar kicap pekat manis
3 sudu besar sos tiram
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
1/2 cawan pati air asam jawa
1/2 cawan air
Sedikit daun ketumbar
Sedikit cili merah

Ayam yang telah dipotong kecil tadi digoreng hingga 3/4 masak. Ketepikan.

Tumiskan bawang putih dan bawang merah yang dihiris halus hingga naik bau. Tuangkan air, kemudian masukkan air asam jawa, kicap pekat dan sos tiram. Biarkan menggelegak. Masukkan ayam tadi. Biar sebentar. Masukkan bawang besar yang dihiris dan cili merah. Biar hingga kuahnya menjadi pekat sedikit. Hiaskan dengan daun ketumbar.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net